Wednesday, December 26, 2012

Cuti Sekolah, Bonus dan Zakat....

Cuti sekolah datang lagi dan cuti sekolah Disember ini memang la di tunggu-tunggu anak-anak. Macam-macam 'Proposal' tempat percutian yg dia orang cadang kan. Macam biasa semua cadangan boleh dipertimbangkan, tapi sekadar dipertimbangkan la sebabnya? Yala aku juga yang nak keluar duit nanti.

Seperti biasa bulan Disember ni jugak bulan yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Ya betul, bulan ni la yang dipanggil bulan BONUS. So macam-macam la 'notice of demand' dari isteri dan anak-anak. Tapi ya lah kata orang tu, yang datang dari Allah tu sebenarnya diberikan olehnya tu kadang-kadang transit sementara aje kepada kita... hakikatnya rezki dari nya sebenarnya adalah untuk orang lain. So..sebab tu kita seharusnya redha atas kententuannya la...lagi pon rezki tu kita rasa gak tempiasnya walaupun ianya untuk orang lain. Yang penting kita kena selalu bersyukur di atas ke semua pemberiannya...Aminnnn..

Bulan Disember ini juga bulannya untuk kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang islam iaitu bulan untuk membayar zakat khususnya Zakat Pendapatan. Dengan berzakat ini juga insyaallah wang zakat ini mungkin alan dapat membantu merela yang lebih memerlukan.
Setelah setahun diberi Allah rezki, makanya kita tidak harus lupa untuk menunaikan tanggungjawab ini. Muga-muga dengan berzakat ini kelak kita akan mendapat rezki yang berlipat ganda lagi dan yang paling penting sekali ianya kelak mendapat keberkatan dari Allah swt...insyaallah.

Friday, November 26, 2010

27HB NOVEMBER 2010

Mmmmm.....hari ni mungkin sesuatu yang baru sebab hari ni bermulanya aku sebagai Blogger. Amacam? Boleh ker aku menjadi seorang Blogger? Takper lah...asalkan aku bukan lah Blogger yang akan melanggar undang-undang negara sudah.

Anyway, biarlah aku kenal kan diri aku yg dah kurang hemsem ni aek. Aku dilahirkan pada 3hb Julai 1965 di daerah Kuala Selangor. Telah berkahwin ngan isteri tersayang aku yg sorang pada 7hb Februari 1992. Dikurniakan 3 orang cahaya mata, 2 lelaki dan 1 perempuan.